Ahad, 20 Mac 2011

Kenangan Dari Kuantan & Di Kedai Koboi...

Ahad lepas balik dari Kenyir, kali ni naik bas dari Kuantan...pepesli mmg nak naik dari kuantan, walaupun pada asalnye mmg lepak kat kenyir dgn mmber yg keje kat KL dulu. Alasan kukuh sbb nak makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur mlm smlm..still on the toplah ikan bakar tanjung lumpur tu...dah sama level Nasi Arab Wadi Hadramwat kat KL yg mengekalkan Kedudukannya di atas...

Orait back to cerita tadi...aku ni jenis tak suka tido dlm bas atau ape2 pun kenderaan yg bergerak, lebih2 lagi naik motor beb...hehe...kali ni aku duduk sebelah seorang yg aku boleh consider pakcikla..sbb rambut dia dah beruban...so nampak luaran dia mcm org2 biasa je, tp stil segak n cool...bro..


Blom sempat aku nak bersalaman dengan pakcik tu, dia yg tegur aku dulu...
Pakcik : Kampung kamu kat kuantan ke?
Aku: Takdelah pakcik, saya lepak2 kat tasik kenyir 3 hari lepas..saje2..
Pakcik: Habis tu knp naik kat kuantan?
Aku: Sbb nak makan ikan bakar Tanjung Lumpur smlm...ehem2
Pakcik: Oooo..yg Ikan Bakar Petai Ana tu?
Aku: Betul la tu, dah 8 kali saya makan kat situ je, ikan bakar lain blom serasilah...tak taula ape mandremnye...hehe... Jadi samada coincident atau incident atau excidently lalu dekat2 dgn area Tanjung Lumpur tu memang saya akan singgah, pakcik pernah makan situ?
Pakcik: Mestilah pernah..sape tak pernah memang rugilah...
Aku: Kenapa Pakcik naik bas balik KL? Pakcik tak drive?
Pakcik: Saje nak jalan2 naik bas, sekali sekala naik bas, relaks2, selalu memang drive penat la yob...dahlah tak boleh tido..
Aku: Ehh pakcik ni org perak ye?
Pakcik: Haha..Ha'ah org Perak...tau je kome ye...
Aku: Ooooo...dah ckp yob yob tu konfem la org perak...pakcik ni kerja apa?
Pakcik: Tiba2, pakcik tu tak jwb soalan aku, dia plak tanye aku balik, hang ni keje ape? Lama bercuti?
Aku: Saya ni masih mencari2 org nak amik saya bekerja..tp kali ni nak masuk bidang pertanian or penternakan la...saya malas dah nak keje2 ofis ni..letih rasanye..
Pakcik: O yeke, kenapa dah tak nak keje kat ofis?
Aku: Saya dah 10 tahun keje dalam ofis, dah tahap tepu, now nak buat full time dlm pertanian or penternakan plak, org kate bergelumang dengan benda2 bersih tu...hehe..dulu adalah buat part time, tapi biasalah benda2 part time ni biasanya jarang bertahan..
Pakcik: Buat ape je dulu?
Aku: Aku rasa mcm malas nak jwb, so aku tanye pakcik tu semula, actualy pakcik ni org meniaga ye...
Pakcik: Adalah sikit2...
Aku: Buat ape?
Pakcik: Bidang yg kamu minat tadi lah..
Aku: O yeke...wah menarik tu.. Specificly bidang mana satu? Tani or Ternak?
Dia stil tak nak bercerita..aduhaiiii..okla...takpe, sy faham knp pakcik tak nak cerita, pakcik tidolah dulu...so pakcik sebelah aku pun ngorok bersama2 passenger lain, aku mcm biasa abiskan baca surat khabar plus tengok driver bas, manalah tau dia plak yg ngantuk...hehe..bahaya wooo

Bas dah nak sampai tol karak, tetiba pakcik tu terjaga, aku siap bagi air mineral lagi suruh dia minum...mcm tindakan refleks plak...haha...Betulah org ckap, bila kita ni manis mulut, baik budi bahasa, kena plak kita berborak dgn org yang byk pengalaman. Memang org suka and baik dgn kita...


Tetiba pakcik tu tanye aku lagi..
Pakcik: Ehh hang ni org mana?
Aku: Org Selangor, kat Padang Jawa
Pakcik: Selain suka makan Ikan bakar dgn Nasi Arab, ape lagi yg hang suka makan?
Aku: Dalam hati, wah ni ada peluang makan free ni...hehe...so aku jwb..saya suka Nasi Lemak Antarabangsa Original Kg Baru, Nasi Ayam Kampung Bandar Tun Razak and Roti Arab Bakar Inti Kaya, Western kadang2la..tapi takde tempat favourite lagi dalam list...kenapa pakcik tanye?
Pakcik: Ok jom, ni masih awal ni Jam 7.00 malam, lepas solat Maghrib nanti hang ikut aku, klu rezeki hang ada, aku belanja hang makan Western Food..
Aku: Ni Terbaeekk ke ni pakcik? Dalam hati...hoorayyy...makan free...hehaaa...


Selesai solat maghrib, aku folo pakcik tu, dia kate nak ke arah Kajang, sbb dia park keta dia kat Hentian Bas Putra, so aku folo jelah...aku pernah sampai kajang cuma aku memang tak pernah sampai area tu, bila aku tanye kat mana ni, dia kate Saujana Impian.
  

Yeeha Kiosk!

Walawehh...wa cakap lu...aku ingat tadi stall burger...rupenye Kiosk Makanan Western, Presentation and design kedai tu dah rasa mcm kat Oversea...apa sebab?... Sebab stall tu deko ala2 Zaman Koboi.. Kalau dapat makan western sambil pakai topi koboi lagila syok beb... aku rasa kedai tu kena sediakan topi koboi utk customer masa makan la... bila customer masuk depa boleh choose to wear or not to wear topi koboi tu... baru feel lebey skit...hehe... aku tak dpt nak snap gambar sbb bateri HP dah kong..tapi pic ni aku capture dari web blog dia...

 

Black Pepper / Mushroom Steak

Macam biasalah bila org belanja ni, kita duduk diam2...pakcik tu order kan aku Black Pepper / Mushroom Steak...ni pic nye...blom makan dah nyam2...aku folo aje ape dia order, pakcik tu plak order Country Lamb Chop dgn Fries, aku tengok gaya dia order mcm selalu je dtg makan situ...






Country Lamb Chop

So time makan aku tanye lagi Pakcik ni..
Aku: Pakcik selalu makan kat Kiosk Koboi ni ke?
Pakcik: Bukan selalu dah, tp seminggu 2 kali...
Aku: Alamak...kenapa seminggu 2 kali?
Pakcik: Tiba2 pakcik tu tak nak jwb, dia plak tanye aku balik, berapa umor ko ni?
Aku: Dah 30, masih teruna..hehe
Pakcik: Sekali pakcik tu hangin dgn aku, aku ingat ko ni baru 25 tahun ke, suka2 je panggil aku pakcik..

Country Chicken Chop

Aku: Saya tengok rambut pakcik dah beruban, so saya konsider la dah 45 over la...
Pakcik: Aku baru 38 tahunla...
Aku: kahkahkahkahkah...memang terbelahak aku beb...sorryla bro..patutla saya tengok bro mcm hangin je masa dalam bas tadi..tu yg tido tu....nasib baik dia dah bayor Black Pepper / Mushroom Steak yang memang awesome tadi...klu tak...konfem aku bayor sendrik beb...yeeha Memang kenangan di Kiosk Koboila hari tu...tak boleh lupe beb...so kpd korang semua, excedeed 100% aku recommend makan kat kiosk YeeHaa!! Saujana Impian..Mmg tak rugi aku panggil brader tu Pakcik..YeeHa...

Klik Untu ke YeeHa Kiosk Blog Site... Yeehaa Kiosk!

Alamat:
No 15, Jalan Impian Murni 1/5,
Saujana Impian
Kajang, Selangor 43000
+60387393042




Jumaat, 11 Mac 2011

Agro Xplorasi




Program TV ini merupakan antara usaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dalam mengetengahkan kisah para usahawan tani yang telah menempa kejayaan di dalam bidang pertanian yang mereka ceburi.  Program TV sebanyak 10 buah episod ini akan membawa para penonton menjelajah ke seluruh negara dan bertemu sendiri dengan para usahawan tani tersebut.

Melalui program ini, ketiga-tiga hos iaitu Naz, Anna dan Danny akan bertemu dengan para usahawan tani tersebut untuk bertukar-tukar pandangan, berkongsi pengalaman serta ilmu dan mencungkil rahsia kejayaan mereka.

Selain itu, para penonton juga akan didedahkan dengan peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani beserta Jabatan dan Agensinya dalam menyokong dan melahirkan para usahawan tani tersebut. 

Kisah-kisah kejayaan yang dipaparkan ini diharapkan akan membuka mata dan minda serta menjadi pencetus minat golongan muda terutamanya, untuk menjadikan pertanian sebagai suatu bidang pilihan selaras dengan slogan bahawa sesungguhnya "Pertanian Adalah Perniagaan".

Episod 1 
Mohd Zainuri Mohd Idrus
Syamille Agro Farm & Resort
Kuala Kangsar, Perak
Bidang: Penternakan Kambing/Agro Pelancongan

Episod 2

Ahmad Don
Bukit Merah Aquaculture
Kuala Kangsar, Perak

Bidang: Pembiakan Ikan Arowana
Klik Di sini untuk Menonton Video
http://www.youtube.com/watch?v=IrJks3RDfxk 

Episod 3
Tai Kok Khong
Zenxin Agri-Organic Food
Kluang, Johor
Bidang: Tanaman Organik
Klik Di sini untuk Menonton Video

Episod 4
Muhammad Rashid Mohd Hassan dan Zainuddin Sudar
Projek Pembangunan Pertanian Bersepadu Barat Laut Selangor
Sekinchan, Selangor
Bidang: Penanaman Padi
Klik Di sini untuk Menonton Video http://www.youtube.com/watch?v=k4t0xAfvaI4


Episod 5
Low Chong Ming
YHL Aquaculture
Felda Sendayan, Negeri Sembilan
Bidang: Penternakan Udang Galah

dan

Ang Ah Ngor
Endau Bio-Farm
Endau, Mersing, Johor
Bidang: Penternakan Udang Putih
Klik Di sini untuk Menonton Video http://www.youtube.com/watch?v=qwrSYUGYt-k

Episod 6
Ahmad Tarmizi Dulah Kusni
Jamirah Food Industries
Sg. Pelek, Selangor
Bidang: Industri Asas Tani - Pengeluaran Kerepek

dan


Zainal Abidin Abu Samah
Keropok House & Industry
Shah Alam, Selangor
Bidang: Industri Asas Tani - Pengeluaran Keropok Lekor
Klik Di sini untuk Menonton Video http://www.youtube.com/watch?v=gPZhWXrp8xQ


Episod 7
John Chen Joon Onn
Multiform Food Supply Sdn. Bhd.
Melaka

dan

Mah Swee Lye
Golden-Mah Bird's Nest Sdn. Bhd.
Rawang, Selangor
Bidang: Perusahaan Sarang Burung Walit
Klik Di sini untuk Menonton Video
http://www.youtube.com/watch?v=Z1PtM-gXvCA


Episod 8  
Tuan Haji Marahza Abdul Majid
Kembar Teguh Sdn Bhd
Dungun, Terengganu
Bidang: Penternakan Lembu Fidlot & Ladang Integrasi
Klik Di sini untuk Menonton Video
http://www.youtube.com/watch?v=I14qXsUFMSg


Episod 9
Episod 10   

 
 

Ahad, 20 Februari 2011

21 Insentif Untuk Sektor Pertanian

Antara insentif sektor pertanian yang ditawarkan di bwah insentif fiskal adalah:

1.Status Perintis (PS)

2.Elaun Cukai Pelaburan (ITA)

3.Insentif untuk Projek-Projek Pengeluaran Makanan Baru

4.Insentif untuk Syarikat Yang Melabur Semula di dalam Produk Makanan yang sama

5.Elaun Pelaburan Semula

6.Insentif untuk Memodenkan Sistem Penternakan Ayam dan Itik

7.Elaun Modal Dipercepatkan

8.Elaun Pertanian (Jadual 3, Akta Cukai Pendapatan)

9.Elaun Perkilangan Bangunan

10.Elaun Infrastruktur

11.100% Elaun untuk Perbelanjaan Modal ke atas Projek-Projek Pertanian Yang Diluluskan

12.Insentif untuk Projek-Projek Teknologi Tinggi

13.Insentif untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

14.Insentif untuk Syarikat Berskala Kecil dan Sederhana

15.Insentif untuk Syarikat Yang Membekalkan Kemudahan Rangkaian Dingin dan Khidmat Produk Makanan

16.Insentif untuk Penghasilan Makanan Halal

17.Pilihan kepada Syarikat-Syarikat Pelopor pada Kualiti untuk Elaun Melabur-Semula

18.Pemotongan Berganda untuk Kos Perbelanjaan untuk Mendapat Sijil Halal dan Sijil Kualiti dan Pentauliahan

19.Insentif untuk Ekspot

20.Insentif untuk Latihan

21.Insentif Yang Berhubungan Dengan Cukai

Jumaat, 21 Januari 2011

Jadual Klinik Pertanian di TPU - Maklumat Berguna & Percuma

Untuk Maklumat Lanjut
* Pengarah, Taman Pertanian Universiti, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM SERDANG, Selangor Darul Ehsan. ) 603-89467301, 603-89467299, 603-89467308, 603-89467284   6 603-89424076   8 webtpu@putra.upm.edu.my

Tempat: Pusat Jualan, Taman Pertanian Universiti
(jalan masuk ke Padang Golf UPM)
Masa: 9.00
pagi - 3.30 petang

JADUAL

25 Mac 2011 - (Jumaat)

Penunjukcara TPU
•Menanam sayur cara SALM
•Kompos
•Pameran / Poster Rusa
•Kimpalan Arka
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Pembajaan)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium


Penunjukcara Jemputan
•Cara membuat taugeh
•Kek buah hantaran
•Sabun herba untuk kecantikan

29 April 2011 - (Jumaat)
Penunjukcara TPU
•Koleksi Buah Nadir
•Penanaman Orkid
•Pameran Peralatan Ternakan
•Komponen Pengairan
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Pengairan & Saliran)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Cheese cake
•Gubahan kek hantaran
•Membuat tali hiasan

27 Mei 2011 - (Jumaat)
Penunjukcara TPU
•Panel torehan getah
•Jenis kopi
•Pameran / Poster Kambing
•Kursus On The Job Training
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Pemotongan)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Alas kusyen
•Tempe goreng
•Nasi ulaman

24 Jun 2011 - (Jumaat)
Penunjukcara TPU
•Fertigasi
•Hidroponik
•Pembiakan Tanaman Hiasan
•Pameran Rumput Pastura
•Jentera dua (2) Roda dan Peralatan
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Kawalan Perosak dan Penyakit)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Gubahan Bunga Sabun
•Jahitan langsir scallop
•Lukisan pada Kayu

29 Julai 2011 - (Jumaat)
Penunjukcara TPU
•Cara pengeluaran biji benih
•Jenis Keladi
•Salad Rusa
•Penyelenggaraan Mesin Kecil, Task Motor dan Spray Jet
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Kawalan Rumpai)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Ayam panggang istimewa
•Kuih Tradisi
•Tart Nenas

26 Ogos 2011 - (Jumaat)
Penunjukcara TPU
•Herba ubatan
•Baja dan Racun Organik
•Pameran Peralatan Kuda – Ladam, Grooming Kit dll
•Pengendalian Traktor, Alat Penanaman dan Semburan
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Pengudaraan Tanah)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Hiasan Dalaman
•Lanskap
•Satay

30 September 2011 -  (Jumaat)
Penunjukcara TPU
•Mengenali Klon Durian, Rambutan, Cempedak dan Nangka
•Pameran Peralatan Ternakan
•Model Pengairan
•Penyelenggaraan Rumput Tanaman (Topdressing)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Murtabak Singapura
•Nasi Dagang
•Apam Segera

28 Oktober 2011 - (Jumaat)

Penunjukcara TPU
•Mengenali Jenis Pisang, Jambu Batu dan Tebu
•Bliss susu lembu
•Komponen Pam
•Pembiakan Pokok Buah-buahan (Cantuman Baji)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Akan dimaklumkan kemudian

25 November 2011 - (Jumaat)

Penunjukcara TPU
•Pemasuan
•Pameran / Poster Lembu
•Komponen Enjin
•Pembiakan Pokok Buah-buahan (Cantuman Matatunas)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Akan dimaklumkan kemudian

30 Disember 2011 - (Jumaat)

Penunjukcara TPU
•Penyemaian bijibenih sayuran
•Penjagaan Pokok Buahan
•Jenis Teh dan Kelapa
•Pameran Peralatan Ternakan
•Pertukangan
•Pembiakan Pokok Buah-buahan (Tut)
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Akan dimaklumkan kemudian

28 Januari 2011 - (Jumaat) 
Penunjukcara TPU
•Bonsai
•Cendawan
•Yogurt
•Traktor
•Kerja Kayu
•Pengenalan Rumput Laman
 
Penunjukcara Jemputan
•Hand bouquet
•Masak asam pedas
•Jahit bedsheet fitted 

25 Februari 2011 - (Jumaat) 
Penunjukcara TPU
•Tisu Kultur
•Varieti Nanas
•Pameran Peralatan Kuda (Saddle bridle)
•Selenggara Pemadan Api, Penghawa Dingin dan Letrik
•Penanaman Rumput Tanaman
•Ikan Air Tawar dalam Akuarium

Penunjukcara Jemputan
•Penjagaan kulit
•Coklat dan Hiasan
•Cara membuat puding kelapa

Isnin, 1 Mac 2010

Menjadi Usahawan Tani Memenuhi Tuntutan Fardhu Kifayah

Fungsi pertanian pada peringkat awalnya adalah untuk memenuhi keperluan asas manusia iaitu makanan dan minuman. Namun apabila meningkatnya tamadun manusia, maka fungsi pertanian berubah. Daripada pertanian untuk sara diri, bertukar menjadi pertanian untuk perniagaan. Apa yang nyata pertanian adalah perniagaan yang memberi peluang besar kepada umat Islam khususnya dalam pengeluaran makanan halal.
Bidang perniagaan dalam pertanian khususnya dalam pengeluaran makanan dan produk halal membuka peluang pekerjaan dan keuntungan besar kepada pelabur dan pengusaha.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu; mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jugalah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatnya dan takutilah kemurkaan-Nya ).” - (Surah al-Mulk, ayat 15)

Besarnya faedah makanan kepada manusia khususnya dalam pengeluaran makanan halal, maka Islam mengkategorikan bidang pertanian adalah fardu kifayah kerana ia bukan saja untuk kepentingan agama tetapi memberi sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara dan kesejahteraan hidup manusia sejagat. Langkah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganjurkan Pameran Pertanian dan Agro Pelancongan (Maha) adalah selari tuntutan fardu kifayah. Malaysia sebuah negara bertuah kerana mempunyai tanah pertanian subur dan sumber alam yang kaya untuk membekalkan makanan kepada penduduknya. Sumber itu bukan saja mencukupi untuk rakyat negara ini tetapi di eksport ke luar negara.

Menurut Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan, menjelang 2010, Malaysia dijangka mengeksport hasil pertanian bernilai RM72 bilion setahun. Berdasarkan aktiviti pertanian adalah fardu kifayah, maka sikap membazir atau membiarkan tanah tanpa diusahakan dalam keadaan kegawatan ekonomi perlu diubah. Sesungguhnya perbuatan sedemikian dimurkai Allah kerana seolah-olah tidak mensyukuri nikmat diberikan. Nabi SAW menekankan dalam sabdanya mengenai perlunya tanah pertanian dibangunkan untuk menghasilkan bahan makanan dan tidak mengizinkan sama sekali tanah dibiarkan dan dibazirkan begitu saja.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai tanah hendaklah dia mengerjakannya dengan bertani atau (jika dia tidak berupaya melakukannya) hendaklah menyerahkannya kepada saudaranya supaya diusahakan dan janganlah dia menyewakannya (sekalipun) hanya sepertiga, seperempat dan makanan asasi.” (Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis itu, jelas bahawa manusia bertanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini sebagai tanda kesyukuran dengan memanfaatkan hasil ciptaan Allah untuk kebajikan manusia. Justeru, umat Islam diseru supaya memperhebatkan bidang pertanian dengan cara menjadikannya sebagai sumber perniagaan kerana nyata memberi keuntungan, manfaat kepada manusia sejagat dan memperluaskan pengeluaran makanan halal dunia.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan makanlah dari rezeki yang diberikan Allah kepadamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kepada-Nya saja kamu beriman.” (Surah Al-Maidah, ayat 88)

Sumber - Laman khutbah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia